Bersediakah kita??

| | 0 comments »
Assalamualaikumwarohmatullahiwabarakatuh..
Innalillhiwainnailaihirojiun.. From Allah we came, and to Him we’ll return….salam takziah pada sahabat kesayangan saya,kak fina atas kepulangan ayahnda tercinta mengadap pencipta Rabbul Izzati. Doa saya Moga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..ameen..

Terkejut mendapat berita daripada salah seorang sahabat saya pagi td mengenai kematian ayah kak fina..tentunya kondisi kak fina dan keluarga dalam keadaan yang tak menentu..apabila insan yang selama ini sntiasa bersamanya,membesarkannya,tiba-tiba hilang dari pandangan. Pasti tidak akan terdengar lagi kata2 dan suara semangat dari ayahnya,nasihat dan tunjuk ajar dan yang paling sedih apabila hajatnya untuk memberI ayahnya merasa duit gajinya yang pertama tidak kesampaian..inilah salah satu bentuk ujian daripada Allah untuk kak fina dan keluarga..moga kak fina dan keluarga tabah menghadapinya..

Allah befirman “dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang2 yang sabar. Iaitu orang2 yang apabila ditimpa musibah,mereka mengucapkan “innalillahiwainnailaihirojiun’”.(al- Baqarah;155)

Janji Allah :
“tiap2 yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga sesungguhnya dia telah Berjaya. Dan ingatlah kehidupan di sunia ini(yang diliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah bagi orang2 yang terpedaya.”(ali imran:185)

Ketahuilah,kematian pasti akan dihadapi oleh seluruh umat manusia tanpa mengenal bangsa,kedudukan,kekayaan mahupun golongan yang gagah perkasa.tiada sesiapapun yang boleh melarikan diri dari menghadapi kematian.persoalannya sekarang,Tanyalah pada diri sendiri,Tanya pada iman,sudah bersediakah kita untuk menempuh saat nyawa ditarik sakaratul maut?sudah cukupkah bekalan amal kita untuk dibawa bersama di kubur? Apakah amalan yang kita lakukan semasa hayat kita mampu untuk menjadi syafaat buat kita kelak?yakinlah,lambat laun ajal pasti akan datang menemui kita dan kita mesti perlu mempersiapkan diri selengkapnya untuk menghadapi kematian itu. Marilah kita sama-sama manfaatkan setiap detik dengan sebaik-baiknya agar tidak pulang mengadap Allah sebagai hamba yang rugi..

Saya petik kata2 dari Hamid al Qaishari
“kita semua telah meyakini kematian tetapi kita tidak pernah melihat orang2 yang bersiap sedia untuk menghadapinya!
Kita semua telah meyakini adanya syurga tetapi kita tidak pernah melihat orang yang beramal untuknya!
Kita semua telah meyakini adanya neraka tetapi kita tidak pernah melihat orang2 yang takut menghadapinya!
Maka apakah kamu masih lagi bergembira? Apakah kemungkinan yang sedang kamu nantikan?
Kematian! Itulah yang pertama kali akan datang kepadamu dengan membawa kebaikan atau keburukan.
Wahai saudara-saudaraku!berjalanlah menghadapi penguasamu(yakni Allah) dengan perjalanan yang bagus.”(rujuk kitab Mukhtashar Minhajul Qashidin,ms 483,tahqiq Syaikh Ali bin Hassan al- Halabi)


ayuh sahabat!kita masih ada waktu untuk bertaubat..berbahagialah pada hati2 yang menyedari pintu taubat itu masih lg terbuka sebelum malaikatul maut menyapa...

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Allah berfirman:"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung (berbahagia)" (An-Nuur 24:31)

~with love n du'a~
fatma haniza

muhasabah diri

| | 0 comments »
Assalamualaikum wbt…
Saya Sudah sangat lama tak menulis…maklumlah,saya bukanlah seorang penulis blog yang setia..lebih suka untuk singgah dan menziarahi blog sahabat-sahabat yang lain,sambil2 mengutip ilmu2 yg kalau nak dihitung takkan habis,ilmu Allah yg maha luas..hari ni entah knapa jari terasa ringan untuk menulis,..terpanggil untuk menulis sesuatu di dalam hati,moga dapat menyedarkan diri yang selalu lalai..

Ema,
Ema sukakan melihat ragam orang2,ragam kawan2 ema,ragam orang di sekeliling ema,kan?.yang nampak baik,hati terdetik,bila lah agaknya boleh jd baik mcm die..yang kurang baik,hati cume boleh mendoakan moga Allah akn member i ema dan juga mreka hidayah supaya boleh berubah ke arah yang lebih baik..ameen.

Ema.
terlalu banyak perkara di sekeliling kita sbenarnya yang boleh mendatangkan keinsafan dalam diri kitakan?antara sedar dengan tidak,kalau kita menilai setiap perbuatan yang kurang baik yang ditunjukkan oleh orang-orang di sekeliling kita,jikalau kita pandang dengan mata hati,dengan iman,hati akan turut merasai betapa sebenarnya perbuatan yang kurang baik itu memang patut kita jauhi.tp nafsu selalu menidakkan..”eh..tak salah la apa yg kau buat..””ala…bukan lebih2 pun”.”aku rasa apa yang aku buat ni tak salah kot..orang lain pun buat jugak..orang lain lagi teruk kot..”.

Ema..
syaitan selalu ada di setiap genap penjuru berbisik pada setiap anak adam untuk memandang setiap perbuatan buruk itu indah dan betul belaka di pandangan mata.ditambah pula dengan iman yang senipis kulit bawang,yang terkadang naik dan selalu pulak turunnya..bukankah syaitan sudah bersumpah,”Tuhanku,oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatn) terasa indah bagi mereka di bumi,dan aku akan menyesatkan mereka semuanya..”(al-hijr:39)?maka mengapa msih lagi kita turut menjadi pengikut iblis2 yang dah dijanjikan neraka untuknya kelak?mahu turut serta bersama syaitan2 di neraka kelak?mahu turut sama menjamu selera dgn buah zaqum yang tajam berduri dan air yang panas menggelegak?sebagaimana firman Allah dalam surah Al isra’ ayat 63’
…barangsiapa di antara mereka(keturunan adam) mengikuti kamu(iblis), maka sungguh ,neraka jahanamlah balsanmu semua,sebagai pembalasan yang cukup.” nauzubillahiminzalik..

ema
Saya akui melawan nafsu adalah jihad yang paling berat..namun hanya hati-hati yang benar2 takutkan Allah,yg hatinya penuh dengan rasa kecintaan pada penciptanya,hati yang memandang segala kenikmatan di dunia ini hanyalah semata ujian dariNya akan memenangi pertarungan ini.ema ingat tak satu hadis ni mengenai betapa nabi sndiri memberi perumpamaan dirinya dan dunia hyalah ibarat seorang pengembara yang berteduh di bawah pohon lalu dia pergi meninggalkannya..betapa dunia ni hanyalah sementara je.yang kekal hanyalah di negeri akhirat..jadi ema,berusahalah untuk menang dalam pertarungan ni..berjihadlah bersungguh2 dalam menentang nafsu dan bisikan syaitan..dan berusahalah untuk meraih cinta Allah..cinta hakiki..bukanlah cinta manusia yang utama..tp cinta dan redha dariNya..betapa tak ternilai dan nikmatnya jika hidup sntiasa di dalam redha dan kasihNya ..raihlah keampunan daripadaNya..dekatkan diri padaNya..tingkatkan amal ibadahmu. seru diri mu utk kembali menyintai Yang Hak..dan akhirnya moga kasih sayang dan cinta Allah akan memayungi dirimu.sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“sesungguhnya Allah menyukai atau mencintai orang-orang yang bertakwa.”(at-taubah;4).
Ya Allah ya Tuhanku!
Engkaulah Tuhanku. Tidak ada yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau menciptakanku. Aku adalah hambaMu, aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu dari kejahatan segala yang telah aku lakukan. Aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku.Oleh itu ,ampunilah aku ya Allah kerana tidak ada yang boleh mengampunkan dosa-dosa selain Engkau..ameen ya Robbal Alamin…(sayyid al-istighfar)

Biarkan cinta itu pergi..

| | 0 comments »
Biarkan cinta itu pergi
andai 'cahaya' itu semakin menjauh
jauh berlari meninggalkan diriku..

Biarkan cinta itu hilang
andai 'cahaya' itu pergi dan terus pergi
tanpa sedikitpun menoleh
tanpa belas, tanpa secubit rasa kasih
membiarkan aku meronta dalam kegelapan..

Dulu...
'cahaya' itu sentiasa mendamaikanku
'cahaya' itu sentiasa menenangkanku
'cahaya' itulah yg menjadi penerangku dari kegelapan
namun..
setelah 'ia' pergi
aku terkapai tanpa hala tuju
aku hilang jejak menemuiNya
aku sesat dalam dunia rimba ciptaaNya
sehingga akhirnya
aku lemas di lautan dosa..

Biarkan cinta itu pergi
kerana,
aku jahil menilai makna kehadiaran 'cahaya' itu
aku gagal menggamit'mu' dari pergi
membiarkan 'kau' merajuk tanpa pujuk
kerana aku..
pernah merobek hati'mu' tanpa belas
pernah mencanai hati'mu' tanpa simpati
memahat luka yang dalamnya tiada penghujung
sehingga aku tersungkur kaku
lemah tanpa daya..

Kini apalah aku adanya
hidup tanpa impian dan pengharapan
hidup tanpa destinasi dan hala tuju
hidup sarat dihuni ombak duka
duka yang aku tahu
hanya Kau penawarnya..

Kerna itu..
aku rela membiarkan cinta itu pergi
andai cinta itu menhalangku dari memujukMu kembali
andai cinta itu membuatku gagal mendapat perhatianMu
andai aku tak mampu memiliki cintaMu..

Aku pasti sampai masanya nanti cinta itu pasti akan kembali
namun biarlah kembalinya bersama dgnMu
bersama redha dan kasih sayangMu

ya Tuhanku..
aku sujud padaMu
aku merayu padaMu
terimalah air mataku sebagai penyejuk kemurkaanMu
temukanlah aku semula dengan'nya'
kembalikanlah 'dia' dalam dakapanku
aku lebih rela membiarkan cinta itu pergi
kerna duniaku kelam
tanpa 'cahaya' itu...

Kewajipan Mengikhlaskan Diri Dalam Segala Ibadah Semata-mata Kerana Allah

| | 0 comments »
بسم اللّه الرحمن الرحيم 

Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لأَنْ يُقَالَ جَرِيءٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالِمٌ وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِئٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ مَا تَرَكْتُ مِنْ سَبِيلٍ تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فِيهَا إِلاَّ أَنْفَقْتُ فِيهَا لَكَ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّارِ

Maksudnya: "Sesungguhnya manusia yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah orang yang mati di medan perang, kemudian dia dihadapkan dan ditanya tentang kenikmatan yang diberikan kepadanya, dia pun mengakuinya. Allah Ta'ala bertanya kepadanya: "Apa yang kamu perbuat dengan kenikmatan tersebut?" Orang itu menjawab: "Aku berperang pada jalan-Mu sehinggalah aku mati." Allah menjawab: "Engkau telah berdusta! Akan tetapi engkau berperang agar engkau dikatakan seorang yang berani dan telah dikatakan hal itu kepadamu." Kemudian dia diseret di atas wajahnya hingga dilemparkan ke dalam neraka.

Dan orang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya serta menghafal Al-Quran, kemudian dia dihadapkan dan ditanya tentang kenikmatan yang telah diberikan kepadanya, dia pun mengakuinya. Allah bertanya kepadanya: "Apa yang engkau perbuat dengan kenikmatan tersebut?" Dia menjawab: "Aku menuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca Al-Quran kerana-Mu." Allah menjawab: "Kamu telah berdusta! Akan tetapi engkau menuntut ilmu dan mengajarkannya adalah agar engkau dikatakan alim dan kamu membaca Al-Quran agar dikatakan sebagai qori (pembaca Al-Quran) dan telah dikatakan hal itu kepadamu." Kemudian dia diseret di atas wajahnya hingga dilemparkan ke dalam neraka.

Dan orang yang Allah beri keluasan rezeki dan kekayaan yang melimpah, kemudian dia dihadapkan dan ditanya tentang kenikmatan yang diberikan kepadanya, dia pun mengakuinya. Allah Ta'ala bertanya kepadanya: "Apa yang telah engkau perbuat dengan kenikmatan tersebut?" Dia menjawab: "Aku tidak meninggalkan satu jalan pun yang disenangi untuk berinfak di dalamnya melainkan aku infakkan hartaku di jalan-Mu." Allah Ta'ala menjawab: "Engkau telag berdusta! Akan tetapi kamu melakukannya agar kamu dikatakan dermawan dan telah dikatakan hal itu kepadamu." Kemudian dia diseret di atas wajahnya hingga dia dilempar ke dalam neraka." (HR. Muslim dalam Kitab Al-Imarah - 33 (152) (3/1514), Ahmad 2/322, An-Nasai 6/21)

Syeikh Al-Allamah Rabi' bin Hadi 'Umair Al-Madkhali hafizahullah berkata:

"Sungguh dalam kisah kesudahan ketiga-tiga orang yang celaka tersebut terdapat pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang memiliki hati atau menggunakan pendengarannya dan dia menyaksikan Apakah sebenarnya yang menyebabkan mereka diseksa? Bukankah jihad di jalan Allah merupakan amalan yang paling utama? Bukankah jihad merupakan kemuncak amalan dalam Islam? Bukankah seseorang yang berjihad mendapat pahala seratus darjat yang jarak antara dua darjat itu ibarat langit dan bumi? Bukankah para syuhada itu hidup di sisi Tuhan mereka dan mereka diberi rezeki, dan bukankah mereka itu senang-lenang di syurga menurut kehendak mereka?..

Bukankah para ulama itu perawis bagi para nabi? Bukankah Allah Ta'ala telah berfirman:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Maksudnya: "Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberikan ilmu di antara kamu dengan beberapa darjat." (Al-Mujadalah: 11)

Ini adalah orang yang bersedekah, berbuat baik, tidak meninggalkan suatu jalan pun yang dicintai oleh Allah Ta'ala melainkan pasti dia berinfak di dalamnya. Bukankah Allah Ta'ala melipatgandakan kebaikan menjadi sepuluh kali sehingga tujuh ratus kali atau bahkan tidak terhingga? Lebih-lebih lagi apabila harta tersebut dikorbankan untuk berjihad di jalan Allah, bukankah Allah Ta'ala telah menganjurkan agar berkorban dan berinfak di jalan-Nya?

Maka apa sebenarnya yang menimpa kepada mereka dan menjadikan mereka orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat kemudian dilemparkan ke dalam nereka Jahannam? -Semoga Allah melindungi kita dari tempat kembali yang buruk ini-

Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah menjelaskan penyebab mereka dilemparkan ke dalam neraka Jahannam ini adalah kerana sesungguhnya mereka tidak mengikhlaskan niatnya kerana Allah Ta'ala dalam mengamalkan amalan yang agung di mata manusia, serta mereka tidak mengharapkan wajah Allah, bahkan tujuan mereka adalah buruk dan niat mereka fasid (rosak), iaitu dia mencintai akan pujian dan sanjungan orang ramai."

(Muzakiratul Haditsin Nabawiyyi fil 'Aqidahti wat-Tiba'i, Hadis yang ke-15, halaman 51- 53, Darul Minhaj)

dakwah??

| | 0 comments »
salam...dah agak lame saya tak update blog..bz agaknya dgn tugas harian sbgai student..
tp akhhirnya saye sdr yg dm hidup kita ni kena pandai urus masa...sesibuk mana pun kite,tggjwb kita sbgai khalifah Allah jgn sekali2 di abaikan..kewajipan kita untuk berdakwah..
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali imran:104)

sendirian mencari cinta dan redha Allah..hya mampu bersedih dan menggeleng2 kpala melihat kwn2 yg jauh terleka dan hanyut dgn dunia ciptaan sndiri.tak mampu menegur walau sepatah kata,bimbang hati teman kan terguris....nafsi..selemah itukah ?sedangkan rasanya masih byk cara yg boleh dipraktikkan sblum akhirnya hanya mampu mencegah dlm hati...erm..lemahnya...

Daripada Abu Sa’id al-Khudri ra katanya, “Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman".

[Diriwayatkan oleh Imam Muslim]

sygkah kita pd kwn2,teman2, shabat2 yg selama ini sntiasa susah senang bersama.yang kita dah anggap spt saudara kita..sayangkah kita pd mereka bilamana kita hya berdiam diri melihat perbuatan salah ,perbuatan dosa mereka..erm...
Kasihi diri saudara kita sbgaimana kita mengasihi diri kita sndiri...
teringat 1 hadis n cari2 then jumpa:-

Hadis dari Nu'man bin Basyir RA katanya:
Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit.
(HR Muslim)
sygkah kita pd mereka??
erm....
mungkin diri sndiri juga..erm..bkn mungkin...memang selalu diri sndiri juga sntiasa melakukan silap..kdg2 alpa dan lalai dgn ujian nikmat dr Allah..mungkin diri sndiri yg tidak juga betul tidak layak untuk memberi nst apalagi bile sbt perkataan berdakwah..(bile sbt perkataan BERDAKWAH biasanya terbyg level ilmu agama n aml ibadat yg tinggi) ..sdgkan konsepnya adaah sama..kalo tengok kamus la kot...huhu..suatu kegiatan yang menyeru dan membimbing serta meyakinkan secara baik dalam usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari dan mengamalkan ajaran agama yang sebenar iaitu Islam. huh..baik pye ayt..ok..saye bg bagilah definisi sendiri. OK! Definisi yang mudah difahami, apa sahaja kegiatan yang menunjukkan Islam itu cantik, indah dan unggul itu yang dikatakan sebagai dakwah..
erm..nak dicritakan kat cn dakwah ni tak smestinya pd yg pya ilmu agama yg tinggi..skadar mejdi contoh pd perbuatan yg baik pun juga dikira berdakwah...
Imam Said bin Jubair berkata;"jika seserang tdk mahu mengajak kpd y ma'ruf dan mencegah kmgkaran shingga dirinya sempurna maka tdk akan ada seorang pun yg akn mengajak pd yg ma,ruf dan mencegah kemungkaran."
Imam Malik berkata,"dan siapakah antara kita yg sempurna?"
erm...lastly saya petik dr kata2 murshidul am ikhwanul muslimin,"perbakiliah diri kamu dan ajaklah yg lain.."
sbnarnya entry saya kali ni khas untuk peringatan diri saye sndiri..huhu..n jgk pada semua yg menziarahi blog ni....
~Moga terus cari dan mencari redha Ilahi~
wallahualam...

with love n du'a
~fatma haniza

alhamdulillah...akhirnye...

| | 0 comments »
assalamualaikum..
alhamdulillah...dah siap print sume entry dlm blog ni...n akan dihantar hari ni...
sbnarnye tak brape rase memuaskan, sbb byk lg plan nak letak tp tak terletak...hehehe...moga Allah murahkan ht en Harun bg markah kat saye..amin...hihihi..moga saya takkan berhenti stakat ni je...gud luck yer sume..doa saye moga kalian sume sntiasa dlm ksh sygNya sntiasa..terus dan terus mencari redha Allah..
^_^..

with love n du'a
~fatma haniza~

munajat cinta

| | 0 comments »
Munajat Cinta...

YA ALLAH..
Aku Mohon KepadaMU CintaMU?
Cinta Siapa Saja Yang MenCintaiMU?
Cinta Apa Saja Yang Mendekatkanku Kepada CintaMU..
Jadikanlah CintaMU Lebih Berharga Bagiku
Daripada Air Dingin Bagi Orang Yang Kehausan?

YA ALLAH..
Jadikanlah Aku MencintaiMU Dengan Sepenuh Hati?
Selalu Mencari RidhaMU Dengan Upaya Maksimalku?

YA ALLAH..
Jadikanlah Semua Cintaku Hanya UntukMU?
Semua Usahaku Hanya Untuk Meraih RidhaMU?

YA ALLAH..
Hidupkan Aku Dengan CintaMU?
Matikan Aku Dengan CintaMU?
Bangkitkan Aku Dengan CintaMU?
CintaMU Bagiku Adalah Segala-galanya?

Oh Rabbi..
Jika Cintaku Kau Ciptakan Untuk Dia
Tabahkan Hatinya
Teguhkan Imannya
Sucikan Cintanya
Lembutkan Rindunya

Rabbi....
Jika Hatiku Kau ciptakan Untuk Dia
Penuhi Hatinya Dengan KasihMU
Terangi Langkahnya Dengan CahayaMU
Bisikkan Kedamaian Dalam Kegalauan
Temani Dia Dalam Kesepian

Rabbi...
Kutitipkan Cintaku PadaMU Untuknya
Resapkan Rinduku Pada Rindunya
Mekarkan Cintaku Bersama Cintanya
Satukan Hidupku Dan Hidupnya
Dalam CintaMU?
Sebab, Sungguh Aku Mencintainya KarenaMU...

Sumber:http://www.kajianislam.net/modules/smartsection/item.php?itemid=267&com_id=145&com_rootid=135&#comment145