Biarkan cinta itu pergi..

| | 0 comments »
Biarkan cinta itu pergi
andai 'cahaya' itu semakin menjauh
jauh berlari meninggalkan diriku..

Biarkan cinta itu hilang
andai 'cahaya' itu pergi dan terus pergi
tanpa sedikitpun menoleh
tanpa belas, tanpa secubit rasa kasih
membiarkan aku meronta dalam kegelapan..

Dulu...
'cahaya' itu sentiasa mendamaikanku
'cahaya' itu sentiasa menenangkanku
'cahaya' itulah yg menjadi penerangku dari kegelapan
namun..
setelah 'ia' pergi
aku terkapai tanpa hala tuju
aku hilang jejak menemuiNya
aku sesat dalam dunia rimba ciptaaNya
sehingga akhirnya
aku lemas di lautan dosa..

Biarkan cinta itu pergi
kerana,
aku jahil menilai makna kehadiaran 'cahaya' itu
aku gagal menggamit'mu' dari pergi
membiarkan 'kau' merajuk tanpa pujuk
kerana aku..
pernah merobek hati'mu' tanpa belas
pernah mencanai hati'mu' tanpa simpati
memahat luka yang dalamnya tiada penghujung
sehingga aku tersungkur kaku
lemah tanpa daya..

Kini apalah aku adanya
hidup tanpa impian dan pengharapan
hidup tanpa destinasi dan hala tuju
hidup sarat dihuni ombak duka
duka yang aku tahu
hanya Kau penawarnya..

Kerna itu..
aku rela membiarkan cinta itu pergi
andai cinta itu menhalangku dari memujukMu kembali
andai cinta itu membuatku gagal mendapat perhatianMu
andai aku tak mampu memiliki cintaMu..

Aku pasti sampai masanya nanti cinta itu pasti akan kembali
namun biarlah kembalinya bersama dgnMu
bersama redha dan kasih sayangMu

ya Tuhanku..
aku sujud padaMu
aku merayu padaMu
terimalah air mataku sebagai penyejuk kemurkaanMu
temukanlah aku semula dengan'nya'
kembalikanlah 'dia' dalam dakapanku
aku lebih rela membiarkan cinta itu pergi
kerna duniaku kelam
tanpa 'cahaya' itu...