Bersediakah kita??

|
Assalamualaikumwarohmatullahiwabarakatuh..
Innalillhiwainnailaihirojiun.. From Allah we came, and to Him we’ll return….salam takziah pada sahabat kesayangan saya,kak fina atas kepulangan ayahnda tercinta mengadap pencipta Rabbul Izzati. Doa saya Moga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..ameen..

Terkejut mendapat berita daripada salah seorang sahabat saya pagi td mengenai kematian ayah kak fina..tentunya kondisi kak fina dan keluarga dalam keadaan yang tak menentu..apabila insan yang selama ini sntiasa bersamanya,membesarkannya,tiba-tiba hilang dari pandangan. Pasti tidak akan terdengar lagi kata2 dan suara semangat dari ayahnya,nasihat dan tunjuk ajar dan yang paling sedih apabila hajatnya untuk memberI ayahnya merasa duit gajinya yang pertama tidak kesampaian..inilah salah satu bentuk ujian daripada Allah untuk kak fina dan keluarga..moga kak fina dan keluarga tabah menghadapinya..

Allah befirman “dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang2 yang sabar. Iaitu orang2 yang apabila ditimpa musibah,mereka mengucapkan “innalillahiwainnailaihirojiun’”.(al- Baqarah;155)

Janji Allah :
“tiap2 yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga sesungguhnya dia telah Berjaya. Dan ingatlah kehidupan di sunia ini(yang diliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah bagi orang2 yang terpedaya.”(ali imran:185)

Ketahuilah,kematian pasti akan dihadapi oleh seluruh umat manusia tanpa mengenal bangsa,kedudukan,kekayaan mahupun golongan yang gagah perkasa.tiada sesiapapun yang boleh melarikan diri dari menghadapi kematian.persoalannya sekarang,Tanyalah pada diri sendiri,Tanya pada iman,sudah bersediakah kita untuk menempuh saat nyawa ditarik sakaratul maut?sudah cukupkah bekalan amal kita untuk dibawa bersama di kubur? Apakah amalan yang kita lakukan semasa hayat kita mampu untuk menjadi syafaat buat kita kelak?yakinlah,lambat laun ajal pasti akan datang menemui kita dan kita mesti perlu mempersiapkan diri selengkapnya untuk menghadapi kematian itu. Marilah kita sama-sama manfaatkan setiap detik dengan sebaik-baiknya agar tidak pulang mengadap Allah sebagai hamba yang rugi..

Saya petik kata2 dari Hamid al Qaishari
“kita semua telah meyakini kematian tetapi kita tidak pernah melihat orang2 yang bersiap sedia untuk menghadapinya!
Kita semua telah meyakini adanya syurga tetapi kita tidak pernah melihat orang yang beramal untuknya!
Kita semua telah meyakini adanya neraka tetapi kita tidak pernah melihat orang2 yang takut menghadapinya!
Maka apakah kamu masih lagi bergembira? Apakah kemungkinan yang sedang kamu nantikan?
Kematian! Itulah yang pertama kali akan datang kepadamu dengan membawa kebaikan atau keburukan.
Wahai saudara-saudaraku!berjalanlah menghadapi penguasamu(yakni Allah) dengan perjalanan yang bagus.”(rujuk kitab Mukhtashar Minhajul Qashidin,ms 483,tahqiq Syaikh Ali bin Hassan al- Halabi)


ayuh sahabat!kita masih ada waktu untuk bertaubat..berbahagialah pada hati2 yang menyedari pintu taubat itu masih lg terbuka sebelum malaikatul maut menyapa...

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Allah berfirman:"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung (berbahagia)" (An-Nuur 24:31)

~with love n du'a~
fatma haniza

0 comments:

Post a Comment