muhasabah diri

|
Assalamualaikum wbt…
Saya Sudah sangat lama tak menulis…maklumlah,saya bukanlah seorang penulis blog yang setia..lebih suka untuk singgah dan menziarahi blog sahabat-sahabat yang lain,sambil2 mengutip ilmu2 yg kalau nak dihitung takkan habis,ilmu Allah yg maha luas..hari ni entah knapa jari terasa ringan untuk menulis,..terpanggil untuk menulis sesuatu di dalam hati,moga dapat menyedarkan diri yang selalu lalai..

Ema,
Ema sukakan melihat ragam orang2,ragam kawan2 ema,ragam orang di sekeliling ema,kan?.yang nampak baik,hati terdetik,bila lah agaknya boleh jd baik mcm die..yang kurang baik,hati cume boleh mendoakan moga Allah akn member i ema dan juga mreka hidayah supaya boleh berubah ke arah yang lebih baik..ameen.

Ema.
terlalu banyak perkara di sekeliling kita sbenarnya yang boleh mendatangkan keinsafan dalam diri kitakan?antara sedar dengan tidak,kalau kita menilai setiap perbuatan yang kurang baik yang ditunjukkan oleh orang-orang di sekeliling kita,jikalau kita pandang dengan mata hati,dengan iman,hati akan turut merasai betapa sebenarnya perbuatan yang kurang baik itu memang patut kita jauhi.tp nafsu selalu menidakkan..”eh..tak salah la apa yg kau buat..””ala…bukan lebih2 pun”.”aku rasa apa yang aku buat ni tak salah kot..orang lain pun buat jugak..orang lain lagi teruk kot..”.

Ema..
syaitan selalu ada di setiap genap penjuru berbisik pada setiap anak adam untuk memandang setiap perbuatan buruk itu indah dan betul belaka di pandangan mata.ditambah pula dengan iman yang senipis kulit bawang,yang terkadang naik dan selalu pulak turunnya..bukankah syaitan sudah bersumpah,”Tuhanku,oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatn) terasa indah bagi mereka di bumi,dan aku akan menyesatkan mereka semuanya..”(al-hijr:39)?maka mengapa msih lagi kita turut menjadi pengikut iblis2 yang dah dijanjikan neraka untuknya kelak?mahu turut serta bersama syaitan2 di neraka kelak?mahu turut sama menjamu selera dgn buah zaqum yang tajam berduri dan air yang panas menggelegak?sebagaimana firman Allah dalam surah Al isra’ ayat 63’
…barangsiapa di antara mereka(keturunan adam) mengikuti kamu(iblis), maka sungguh ,neraka jahanamlah balsanmu semua,sebagai pembalasan yang cukup.” nauzubillahiminzalik..

ema
Saya akui melawan nafsu adalah jihad yang paling berat..namun hanya hati-hati yang benar2 takutkan Allah,yg hatinya penuh dengan rasa kecintaan pada penciptanya,hati yang memandang segala kenikmatan di dunia ini hanyalah semata ujian dariNya akan memenangi pertarungan ini.ema ingat tak satu hadis ni mengenai betapa nabi sndiri memberi perumpamaan dirinya dan dunia hyalah ibarat seorang pengembara yang berteduh di bawah pohon lalu dia pergi meninggalkannya..betapa dunia ni hanyalah sementara je.yang kekal hanyalah di negeri akhirat..jadi ema,berusahalah untuk menang dalam pertarungan ni..berjihadlah bersungguh2 dalam menentang nafsu dan bisikan syaitan..dan berusahalah untuk meraih cinta Allah..cinta hakiki..bukanlah cinta manusia yang utama..tp cinta dan redha dariNya..betapa tak ternilai dan nikmatnya jika hidup sntiasa di dalam redha dan kasihNya ..raihlah keampunan daripadaNya..dekatkan diri padaNya..tingkatkan amal ibadahmu. seru diri mu utk kembali menyintai Yang Hak..dan akhirnya moga kasih sayang dan cinta Allah akan memayungi dirimu.sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“sesungguhnya Allah menyukai atau mencintai orang-orang yang bertakwa.”(at-taubah;4).
Ya Allah ya Tuhanku!
Engkaulah Tuhanku. Tidak ada yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau menciptakanku. Aku adalah hambaMu, aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu dari kejahatan segala yang telah aku lakukan. Aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku.Oleh itu ,ampunilah aku ya Allah kerana tidak ada yang boleh mengampunkan dosa-dosa selain Engkau..ameen ya Robbal Alamin…(sayyid al-istighfar)

0 comments:

Post a Comment