dakwah??

|
salam...dah agak lame saya tak update blog..bz agaknya dgn tugas harian sbgai student..
tp akhhirnya saye sdr yg dm hidup kita ni kena pandai urus masa...sesibuk mana pun kite,tggjwb kita sbgai khalifah Allah jgn sekali2 di abaikan..kewajipan kita untuk berdakwah..
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali imran:104)

sendirian mencari cinta dan redha Allah..hya mampu bersedih dan menggeleng2 kpala melihat kwn2 yg jauh terleka dan hanyut dgn dunia ciptaan sndiri.tak mampu menegur walau sepatah kata,bimbang hati teman kan terguris....nafsi..selemah itukah ?sedangkan rasanya masih byk cara yg boleh dipraktikkan sblum akhirnya hanya mampu mencegah dlm hati...erm..lemahnya...

Daripada Abu Sa’id al-Khudri ra katanya, “Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman".

[Diriwayatkan oleh Imam Muslim]

sygkah kita pd kwn2,teman2, shabat2 yg selama ini sntiasa susah senang bersama.yang kita dah anggap spt saudara kita..sayangkah kita pd mereka bilamana kita hya berdiam diri melihat perbuatan salah ,perbuatan dosa mereka..erm...
Kasihi diri saudara kita sbgaimana kita mengasihi diri kita sndiri...
teringat 1 hadis n cari2 then jumpa:-

Hadis dari Nu'man bin Basyir RA katanya:
Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit.
(HR Muslim)
sygkah kita pd mereka??
erm....
mungkin diri sndiri juga..erm..bkn mungkin...memang selalu diri sndiri juga sntiasa melakukan silap..kdg2 alpa dan lalai dgn ujian nikmat dr Allah..mungkin diri sndiri yg tidak juga betul tidak layak untuk memberi nst apalagi bile sbt perkataan berdakwah..(bile sbt perkataan BERDAKWAH biasanya terbyg level ilmu agama n aml ibadat yg tinggi) ..sdgkan konsepnya adaah sama..kalo tengok kamus la kot...huhu..suatu kegiatan yang menyeru dan membimbing serta meyakinkan secara baik dalam usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari dan mengamalkan ajaran agama yang sebenar iaitu Islam. huh..baik pye ayt..ok..saye bg bagilah definisi sendiri. OK! Definisi yang mudah difahami, apa sahaja kegiatan yang menunjukkan Islam itu cantik, indah dan unggul itu yang dikatakan sebagai dakwah..
erm..nak dicritakan kat cn dakwah ni tak smestinya pd yg pya ilmu agama yg tinggi..skadar mejdi contoh pd perbuatan yg baik pun juga dikira berdakwah...
Imam Said bin Jubair berkata;"jika seserang tdk mahu mengajak kpd y ma'ruf dan mencegah kmgkaran shingga dirinya sempurna maka tdk akan ada seorang pun yg akn mengajak pd yg ma,ruf dan mencegah kemungkaran."
Imam Malik berkata,"dan siapakah antara kita yg sempurna?"
erm...lastly saya petik dr kata2 murshidul am ikhwanul muslimin,"perbakiliah diri kamu dan ajaklah yg lain.."
sbnarnya entry saya kali ni khas untuk peringatan diri saye sndiri..huhu..n jgk pada semua yg menziarahi blog ni....
~Moga terus cari dan mencari redha Ilahi~
wallahualam...

with love n du'a
~fatma haniza

0 comments:

Post a Comment